Moga kita bersatu

Moga kita bersatu
c&p

Tuesday, 31 July 2012

nukilan hati

ya allah..
sejak dua menjak, hati ku ini menjadi rungsing...

mengapa aku terasa seperti terlalu rindukan dia ya allah
mengapa aku sering berasa susah hati kerana takut akan kehilanagn ny ya allah
mengapa aku boleh menyayangi dia dengan sepenuh hati ya allah

aku hanya insan biasa ya allah..
sentiasa penuh dengan kekurangan....
sesungguhny hati ini tahu akan jodoh pertemuan itu d tangan mu ya allah..
oleh itu kau damaikan la hati ini dengan segala ketentuan mu...
aku redha akan segala yang bakal berlaku..

ya allah..

andai dia mmg tercipta untuk ku...
untuk menjadi imam ku.. 
untuk menjadi ayah kepada bakal anak2 ku..
untuk menjadi pembimbing kami sekeluarga kearah redha n jalanmu...
kau tautkanlah hati-hati kami ya allah...
kau permudahkanlah urusan jodoh kami  ya allah...
agar kami bersatu didalam satu ikatan yang sah...


tetapi...

andai dia bukan untuk ku ya allah..
kau beri aku kekuatan, ketabahan, untuk menerima ketentuanmu..
serta d damaikan hati dan fikiran...
agar aku dapat redha dengan segala apa yang berlaku..
kau bimbing la aku ya allah untuk terus berada d jalanmu ya allah..
sesungguhnya kaulah yang yang maha mengetahui apa yang terbaik buat ku..

ya allah..

labuhkanlah cinta, rindu, dan kasih syang ku kepada mu...
agar cinta ku pada mu dapat seiring dengan cinta ku buat bakal suamiku...

ya allah..

kau ampunilah hambamu ini...

Wednesday, 11 July 2012

sygku...

mmm abg apa khabar??? sihat??
syg tawu abg demam...
mmm syg jauh dr abg..
hanya doa yg mampu syg titipkan..

syg ku... 
maaf andai diri ini banyak kekurangan bg abg...
n
terima kasih...
kerna sabar ngn sikap n perangai syg...

syg ku...
syg rindu sngt2 kat abg.. sejujurnya.. rindu yg tersangt...
hanya Dia yang tahu betapa rindunya syg kat abg...

syg tawu bunyi ny pelik..
sbb..
pada hakikatnya..
kita x pernah bersua..
x pernah bertentang mata...

namun rindu itu tetap hadir jua...
syg tiada apa.. hanya kepercayaan n kasih syg n cinta n doa yang ada...
menjadi penghubung...

abg..
kita mungkin jauh..

abg..
syg tawu abg sibuk mencari rezki untuk kita suatu hari nt...
syg tengah belajar sbar..
sabar menunggu abg..
sabar menanti abg d sini..

syg ku...
tahukah syg bukan ku ingin perhatian sepenuh masa... 
kadangkala walau sekejap khabar dr abg mampu buat syg tersenyum
sekurangnya syg tawu.. 
walau sesibuk mana abg, abg tetap ingtkn syg...

syg ku..
maaf.. syg x reti msg mcm orng lain..
syg x reti nk bertnya mcm orng lain... 
cuma..
cukuplah andai abg yang paling dekat d hati syg..



nota kaki: kalau da dasar gembeng pun x boleh nk buat macam mana.... (sambil taip, meleleh air mata.. huhuhu.. apapunxboleh)

Wednesday, 4 July 2012

meragam








Tantrum:
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Salam kasih

Saturday, 23 June 2012

i can't wait to spend the rest of my life with you..




Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah.....

bukan sesuci Saidatina Aishah.....

bukan seteguh cinta kasih Zulaikha......

tetapi aku sedang perbaiki diriku agar aku boleh menjadi yang terbaik untukmu..

Friday, 22 June 2012

as peringatan untuk diri...





isteri mendapat pahala bila redha dan membantu suami dalam 


meringankan kerja-kerja rumahtangga. 


Dia juga mendapat pahala kerana menyukakan hati suaminya dalam 


membina keluarga yang bahagia... 










nota kaki: caiyok3 nk jd wife yg  terbaik.. weeee

ingat lah wahai diri....



Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting. 

1. Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. 

2. Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. 

3. Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup. 

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. 
Rasulullah SAW bersabda :

"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia ; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun ; Maryam binti Imran, ibunda Isa ; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." (Riwayat Bukhari) 

Muga kita berusaha mjadi wanita & isteri solehah. Menjadi pendidik dan pengasuh terbaik kepada anak2. Penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia.

Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan “mewariskan” segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat. Bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. 

Lantaran itu, agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi seseorang hamba. Perhiasan akhlak terpuji, pengisi ruang kekosongan jiwa dengan keimanan dan ketakwaan. Pembimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi. 

Wanita solehah.




as my view....

tanggungjawab ku sebagai bakal seorang isteri....
moga semakin positif perubahan yang ada di dalam diri...
terima kasih syg....
masih sudi menegur....
membetulkan apa yang miss.f salah lakukan...
sedang cuba untuk bertindak lebih matang..
n bertindak tidak menggunakan emosi...itu yg mr.z katakan...

nota kaki: nk jd isteri solehah.. sedap suami memandang n bersama.. weee

mr.z merindui...mmuuaahhh



huhuhuhu betul ke mr.z???

hihihhihii...
mr.z kata rinduuuu... muahahahha

apakah yang telah berlaku???? mmm sebenarnye...

masa minggu exam tuh...
miss.f jarang sangt dpt msg dr mr.z...
nk tahu kenapa????

dia kata.. sbb xmo ggu miss.f belajar...
he quite understanding..
loveeee him so much... muuuaaahhh...

mmm so... semakin menghindar.. semakin merindui....
yes.. its true... =)



nota kaki: miss. f pun begitu merindui... tp mr.z xmo jumpa lagi... adeh.. sakit2.... (-.-)"

Monday, 11 June 2012

kenduri kawen.. ooo kenduru kawen..

alhamdulillah...
girang rasa hati bila dapat tahu yang kekawan nak kawin..
huhuhu..

cuti semester yang balak bermula 17.6 niercintah mmg buat x sabar nak pulang ke kampung tercinta..
plusss...
dekat dengan insan tersayang dekat tp xley jumpa pun......

back too the main topic.. mmm
cuti nih sahaja ada 2 jemputan stakat nih 2 je baru untuk dhadiri..hihihihi..
dari classmate tercinta kat upsi nih..
1jemputan dari kak hajar.. 7julai nih kat gemas negeri9....
1 lagi kat majidee johor.. dari kak lin 7 syawal...

insyaallah fiza sampai.. klu xde aral..

congrats.... 
SELAMAT PENGANTIN BARU..


nota kaki: huhu x sabar nye nk kawin jugak.. lalalallaa.. agak2 bila en.zaid nk datang meminang nih... 

Thursday, 7 June 2012

terpukul rasanya hati..

assalamualikum...
hmmmm agak lega sikit rasanya hati nih...
sejak panggilan abg yang x d sengajakan tu....
hati syg agak terusik...
kepercayaan syg pada abg..
agak goyang...

x tahu mengapa...
mungkin kerana hasutannya.. syg x mampu nk berfikir ngan waras...
syg hanya mencari kesilapan abg....

abg senyap.. memberikan syg ruang untuk berfikir dan membuat andaian yang bukan2..

mungkin benar yang wanita ini apabila dia telah rasa seseorang itu menjadi haknya...
 dia akan bertindak melulu... berprasangka buruk.....
hanya untuk memastikan seseorang itu tetap menjadi milik dan haknya..

seakan td.. syg tersedar.. kesilapan yang telah syg lakukan...
yela.. syg nk jd isteri mithali untuk abg kn..??
kena la didik hati nih supaya tidak bertindak melulu...
syg tawu penjelasan abg td tidak begitu clear bg syg..
tp cukup untuk menenangkan hati nih...

mcm selalu yg syg dengar kat ceramah.. dia kata... 
isteri yang baik... akan selalu.. menyenangkan hati suaminya...
syg nk jd macam tuh...
isteri yang selalu menyenangkan hati suaminya.. yang mampu mendamaikan hati suaminya... n yang mamapu menjadi pendorong bagi suaminya..

Monday, 28 May 2012

mr.z thanx u... sbb bg kite semangat..



happy nye hari nih.. 
cik abg wish gud luck.. 
huhuhuhu nih yang makin semangat nak belajar... 
thanx sayang... 

mmmmm mr. z cakap.. insyaallah syg  boleh buat.. jgn risau...

huh.. gugur rase bimbang jap.. bile mr hubby da ckp macam tuh..
ok syg.. nk wat lagi baik dr semester lepas.. nk jd lg baik... weeeeee...
walaupun serabut.. terus jd x serabut.. bile dapat dengar suara die nih... 
terus berbunga2 hati..... (mmm mmg klu cakap ngn die je senyum dah meleret ke..??)
semangat sungguh.... 

.
.
.
.
.

nk sambung belajar balik....huhuhuhu...





nota kaki : ucapan@kata-kata...kekadang bende nih nampak kecik.. tp mampu memberi impak yg besar pd seseorang...

Thursday, 24 May 2012

wahai kekanda ku...

abg... rindunya syg pada abg sukar syg ungkapkan....
syg hanya mampu menghitung detik2 waktu untuk kita bersama.. syg tahu... 2 tahun adalah suatu tempoh yg lama... cukup lama bg syg...syg tahu abg buat semua nih bersebab....entahla.. mungkin cuma andaian syg je... abg tahukah abg... kadangkala terdetik di hati syg perasaan cemburu melihat kawan2 syg sendiri bahgia.. dpt keluar ngn pasangan.. sedangkn syg... hanya menanti abg untuk menjadi realiti... syg hanya mampu pujuk hati syg... syg tawu abg perlukan ruang untuk kerjaya abg.. syg doakan yang terbaik untuk abg... syg manja kn??? abg... jgn pernah mainkan hati syg ya..... syg sayang abg...... sangt3...

Sunday, 6 May 2012

andai wanita tahu...



Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki jatuh cinta,wanita itu tidak semestinya punya segalanya tetapi wanita itu adalah segalanya di hatinya.

Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai wanita itu.

Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi wanita itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu wanita mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri kebapaanya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu wanita itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki kata wanita lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana wanita itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati lelaki itu sangat tabah.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. lelaki sulit untuk mengawal perasaan. . Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai wanita tahu..

SEMOGA BERMANFAAT

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

aku bukan yang terbaik untuk mu...

 


sayangku...
tahukah dikau akan perasaan syg ku pada mu sungguh hebat...

setiap hari ku rasa ingin menjadi pelengkap hidup mu..
pengukir senyuman di bibir mu..

setiap pagi ku terasa ingin mengucup mu penuh kasih sayang..
sebagai tanda..
yang ku amat2 syg pada mu..

sayangku..
diri ku ini terlalu banyak kekurangan..
namun...

sayangku.. 
akan ku cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik buat dirimu..
yang mampu menyenangkan hati mu dikala gusar..
yang mampu memberikan kehangatan...

semoga Allah menyatukan hati kita...
dan semoga urusan jodoh diantara kita di permudahkan olehNya...


sincere,
your love 

Wednesday, 2 May 2012

Lagu....


Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu....
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu...


Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku...
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu...



Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu....
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu....


Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku...
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu...


Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku...
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu...


Mr.Z demam

ya allah..
bimbangnya rasa hati nih...
dah dekat 2 minggu da demam dari sebelum cuti 1 may sampai la la nih...
jaga la kesihatan tuh syg...
mrs.f bimbang kat cnie nih...