Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki jatuh cinta,wanita itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi wanita itu adalah segalanya di hatinya.
Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata, itu bukan
bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
mencintai wanita itu.
Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi wanita itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka
jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk
membuat anda rimas, tapi dia mahu wanita mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda
lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih
menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri kebapaanya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk kamu .
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu wanita itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar
maksudkannya.
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki kata wanita lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu,
percayalah, walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata kasar, dia bukan bermaksud utk
berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana wanita itu mampu bersabar dengan
sikapnya. Percayalah, hati lelaki itu sangat tabah.
Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda
semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. lelaki sulit untuk
mengawal perasaan. . Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat
sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai wanita tahu..
♥
SEMOGA BERMANFAAT ♥
Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai
manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh
umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya..
ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang
selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta
kepada tuhanNya
No comments:
Post a Comment