Moga kita bersatu

Moga kita bersatu
c&p

Monday, 28 May 2012

mr.z thanx u... sbb bg kite semangat..



happy nye hari nih.. 
cik abg wish gud luck.. 
huhuhuhu nih yang makin semangat nak belajar... 
thanx sayang... 

mmmmm mr. z cakap.. insyaallah syg  boleh buat.. jgn risau...

huh.. gugur rase bimbang jap.. bile mr hubby da ckp macam tuh..
ok syg.. nk wat lagi baik dr semester lepas.. nk jd lg baik... weeeeee...
walaupun serabut.. terus jd x serabut.. bile dapat dengar suara die nih... 
terus berbunga2 hati..... (mmm mmg klu cakap ngn die je senyum dah meleret ke..??)
semangat sungguh.... 

.
.
.
.
.

nk sambung belajar balik....huhuhuhu...





nota kaki : ucapan@kata-kata...kekadang bende nih nampak kecik.. tp mampu memberi impak yg besar pd seseorang...

Thursday, 24 May 2012

wahai kekanda ku...

abg... rindunya syg pada abg sukar syg ungkapkan....
syg hanya mampu menghitung detik2 waktu untuk kita bersama.. syg tahu... 2 tahun adalah suatu tempoh yg lama... cukup lama bg syg...syg tahu abg buat semua nih bersebab....entahla.. mungkin cuma andaian syg je... abg tahukah abg... kadangkala terdetik di hati syg perasaan cemburu melihat kawan2 syg sendiri bahgia.. dpt keluar ngn pasangan.. sedangkn syg... hanya menanti abg untuk menjadi realiti... syg hanya mampu pujuk hati syg... syg tawu abg perlukan ruang untuk kerjaya abg.. syg doakan yang terbaik untuk abg... syg manja kn??? abg... jgn pernah mainkan hati syg ya..... syg sayang abg...... sangt3...

Sunday, 6 May 2012

andai wanita tahu...



Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki jatuh cinta,wanita itu tidak semestinya punya segalanya tetapi wanita itu adalah segalanya di hatinya.

Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai wanita itu.

Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi wanita itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu wanita mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri kebapaanya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu wanita itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki kata wanita lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana wanita itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati lelaki itu sangat tabah.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. lelaki sulit untuk mengawal perasaan. . Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai wanita tahu..

SEMOGA BERMANFAAT

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

aku bukan yang terbaik untuk mu...

 


sayangku...
tahukah dikau akan perasaan syg ku pada mu sungguh hebat...

setiap hari ku rasa ingin menjadi pelengkap hidup mu..
pengukir senyuman di bibir mu..

setiap pagi ku terasa ingin mengucup mu penuh kasih sayang..
sebagai tanda..
yang ku amat2 syg pada mu..

sayangku..
diri ku ini terlalu banyak kekurangan..
namun...

sayangku.. 
akan ku cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik buat dirimu..
yang mampu menyenangkan hati mu dikala gusar..
yang mampu memberikan kehangatan...

semoga Allah menyatukan hati kita...
dan semoga urusan jodoh diantara kita di permudahkan olehNya...


sincere,
your love 

Wednesday, 2 May 2012

Lagu....


Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu....
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu...


Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku...
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu...



Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu....
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu....


Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku...
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu...


Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku...
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu...


Mr.Z demam

ya allah..
bimbangnya rasa hati nih...
dah dekat 2 minggu da demam dari sebelum cuti 1 may sampai la la nih...
jaga la kesihatan tuh syg...
mrs.f bimbang kat cnie nih...